Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa.. semoga semua nya berjalan lancar... alkisah nya kanda nak share story tentang perjalanan ramadhan kanda kali ini.. sesungguhnya selama ini kanda hanya memikirkan bahawa setiap kali ramadhan dtg..ianya seumpama bulan2 biasa cuma kita harus berpuasa... tapi kali ini tidak.. mungkin inilah rahmat Allah SWT kepada umatnya.. Kanda pula still berdiri disini.. dengan penuh ketenangan.. menerima segala ujian dan keberkatan Nya.. Terlalu banyak hal yang terjadi walaupun kita semua baru 13 hari menjalani ibadah puasa kat kanda.. pelbagai msalah timbul.. pelbagai kesakitan yg dtg.. pelbagai keperitan ujian yg diturunkan.. hanya dengan berdoa dan air mata saja mampu kanda pohon.. tetapi semua nya sempurna.. berbanding kehidupan kanda sebelum nya.yg.dengan segala kemewahan.. dan ketiadabatasan...akhirnya dihujani segala kekecewaan dan kesdihan... Allah SWT maha besar... cuma umat Nya harus bersabar menerima segala ujian nya.. my life is back to basic.. but i am very hepi.. my friends.. my loves one.. semua ada.. mkn kurma sebijik time berbuka pun dah rasa seperti menerima sejuta kesyukuran..Sangat besar kan rahmat allah ..:(( air mata ini sentiasa mengingatkan setiap kejadian yg berlaku ...ada saja yg mengingatkan diri tentang makna kesyukuran... subhanallah... dengan hati yg telah lama mati akan kepercayaan dan kasih sayang kini menjadi selembut sutera.. barulah kanda sedar setiap keinginan dan pemberian Allah SWT mempunyai sebab nya yg tersendiri.. jika Dia memutuskan keperitan kepada hambaNya pasti Dia menjanjikan kebahagian dikemudian hari juga kepada hambaNya.. fikirlah wahai sahabat.. andainya Dia memutuskan satu perpisahan untuk mu pasti Dia menjanjikan yg terbaik bagimu dikemudian hari... percayalah... walaupun susah mcmana sekalipun haruslah bersyukur dengan segala pemberian Nya.. Ingatlah walau sejahat2 mana hamba Nya.. Allah SWT pasti akan memberi kemaafan kepada Nya... kanda berdoa semoga selepas ini kehidupan kanda dan kita semua akan lebih dirahmati Allah SWT.. marilah kita sama2 bersyukur dan menjalani hidup dengan penuh ketabahan...
Assalamualaikum...Selamat Malam
No comments:
Post a Comment